comscore
Tumpuan :
Dunia

Tiada gencatan senjata selagi Israel terus bom Gaza – Hamas

FOTO: Reuters

GAZA: Hamas mengulangi pendirian mereka bahawa sebarang rundingan hanya boleh berlaku, termasuklah perjanjian menyeluruh gencatan senjata dan pertukaran tawanan serta banduan sekiranya Israel menamatkan perang.

Ketika ini, Hamas sudah memaklumkan kepada Mesir dan Qatar selaku perantara berhubung hasrat mereka untuk tidak meneruskan sebarang rundingan selagi keganasan masih berlaku di Gaza.

Kenyataan terbaharu Hamas itu dikeluarkan ketika Israel terus menggerakkan operasi ketenteraan di Rafah meskipun perintah terbaharu dikeluarkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa, ICJ ke atas rejim Zionis beberapa hari lalu.

Israel terus mempertahan tindakan mereka di Rafah dengan mengatakan kononnya operasi terbaharu berkenaan kononnya ingin menyelamatkan tebusan warganya sahaja.

Sebelum ini, Tel Aviv sememangnya tidak serius untuk memeterai gencatan senjata dan lebih mementingkan perang serta matlamatnya sendiri sehingga tidak mempedulikan nasihat sekutunya, Amerika Syarikat untuk menghentikan perang di Gaza. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini