comscore
Tumpuan :
Dunia

“Tiada Rakyat Malaysia Terkorban Dalam Rempuhan di Itaewon” – Duta Besar 

FOTO: Reuters

SEOUL: Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Korea Selatan mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian rempuhan di Itaewon baru-baru ini.

Ini sekaligus menafikan desas-desus di media sosial yang mendakwa ada rakyat Malaysia yang hilang dalam kejadian itu.

Duta Besar Malaysia ke Republik Korea, Datuk Lim Juay Jin yang dihubungi TV3 memaklumkan, “pihak kedutaan sentiasa berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan. Terutamanya polis mengenai perkembangan terkini apa yang telah berlaku.”

“Sehingga kini, yang saya boleh kata, tidak ada lagi laporan mengenai rakyat Malaysia yang kehilangan nyawa dalam kejadian itu.”

“Tapi walau bagaimanapun, saya ingin tegaskan sekiranya terdapat antara ahli keluarga yang berada di Korea, yang tidak dapat dihubungi, mereka boleh menghubungi pihak kedutaan, dan pihak kami akan membantu untuk mengenalpasti keberadaan serta status mereka sekarang.”

Pihaknya dalam pada itu turut memberitahu tidak menerima sebarang panggilan daripada waris sama ada di Malaysia mahupun di Korea Selatan sendiri yang bertanyakan tentang kehilangan ahli keluarga mereka dalam tragedi itu.

Tragedi yang berlaku pada 29 Oktober itu telah meragut 154 nyawa dengan 26 merupakan warga asing.

Loading...
Terkini