comscore
Tumpuan :
Dunia

Tidak perlu pelitup muka, COVID-19 sakit biasa

Foto: ReutersConnect

TOKYO: Jepun akan menarik balik arahan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup dan akan menurunkan taraf klasifikasi COVID-19.

Menurut perdana menteri Fumio Kishida, perubahan itu berkuatkuasa secara rasmi pada awal Mei.

Beliau pada masa sama memberi gambaran negara itu akan mengklasifikasi COVID-19 sebagai penyakit biasa seperti selesema berbanding penyakit bahaya lain seperti TB dan SARS.

Ujarnya, pemakaian pelitup muka kini bergantung kepada setiap individu sama ada di kawasan tertutup atau terbuka.

Ia sebahagian daripada usaha negara itu untuk hidup bersama COVID-19 dan membudayakan kembali rutin kehidupan di rumah, sekolah, tempat kerja, dan kawasan kejiranan.

Perubahan berkenaan bermaksud bermula 8 Mei nanti, pesakit COVID-19 dan kontak rapat tidak lagi perlu menjalani tempoh kuarantin.

Loading...
Terkini