comscore
Tumpuan :
Dunia

Tiga penduduk Palestin cedera, puluhan alami sesak nafas

FOTO: AFP

PALESTIN :  Tiga penduduk Palestin cedera manakala puluhan yang lain mengalami sesak nafas dalam pertempuran dengan tentera rejim Israel di Tebing Barat.

FOTO: AFP

Mangsa yang cedera termasuk seorang kanak-kanak yang ditembak dengan peluru getah.

Pertempuran tercetus bagi membantah perarakan penduduk haram Yahudi yang diadakan di beberapa kawasan di Tebing Barat

Dalam pada itu sekurang-kurangnya 17 rakyat Palestin ditahan polis Israel di Baitulmaqdis Timur selepas mengibarkan bendera dan sepanduk kumpulan Palestin.

Polis israel dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua mereka turut ditahan kerana melaungkan slogan menghasut.

Dianggarkan kira-kira 2,000 anggota polis Israel ditempatkan di Baitulmaqdis Timur dan kawasan kota lamanya .

Ketegangan memuncak di seluruh wilayah Palestin awal bulan ini selepas tentera Israel menyerbu kompleks Masjid Al-aqsa di Baitulmaqdis Timur dan mengusir jemaah secara paksa.

Serangan Israel ke atas masjid itu mencetuskan tembakan roket dari semenanjung Gaza dan Lubnan dengan Israel bertindak balas menerusi serangan udara. – PALINFO

Loading...
Terkini