comscore
Tumpuan :
Dunia

Tiga penunjuk perasaan maut dalam ketegangan terbaharu di Iran

FOTO: AFP

TEHRAN, IRAN: Sekurang-kurangnya tiga individu maut dalam tunjuk perasaan terbaharu yang diadakan di Iran.

Ketegangan tercetus dalam tunjuk perasaan yang anjurkan sempena kempen memperingati tindakan keras kerajaan pada 2019 yang meragutnya penduduk.

Ia sekali gus meningkatkan lagi momentum bantahan kematian wanita Iran, Mahsa Amini selepas ditahan unit polis moral Iran pada pertengahan September lalu.

Kekacauan di Tehran menyaksikan penunjuk perasaan menyekat laluan di Dataran Sanat dan melaungkan slogan kebebasan

Media antarabangsa melaporkan, tunjuk perasaan turut merebak ke beberapa bandar lain termasuk Shiraz dan Bandar Abbas.

Lebih ramai penduduk menyertai tunjuk perasaan di jalan-jalan utama di Tehran pada sebelah malamnya.

Jurucakap wakil Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB di Iran,  Jeremy Laurence pada masa sama mendesak agar kerajaan membebaskan ribuan penunjuk perasaan yang ditahan dalam protes aman sebelum ini.

Kerajaan juga katanya telah mengambil pendekatan meningkatkan kekerasan ke atas penunjuk perasaan dan bukan mengambil langkah mewujudkan dialog dengan wakil penunjuk perasaan. – AFP

Loading...
Terkini