comscore
Tumpuan :
Dunia

Tiga petani maut dipanah petir di Jawa Barat

FOTO: Polis Indramayu

INDONESIA:  Tiga petani maut dipanah petir di Indramayu, Jawa Barat.

Mangsa berusia antara 22 hingga 36 tahun ketika itu sedang menanam padi kira-kira jam 11 pagi waktu tempatan.

Menurut saksi, hujan lebat menyebabkan mangsa mengambil keputusan untuk mencari tempat berteduh.

Namun ketika hendak menuju ke tempat perteduhan, kesemua mereka disambar petir.

Mangsa yang tidak sedarkan diri kemudian dibantu oleh petani-petani lain dan dibawa ke klinik berdekatan sebelum disahkan meninggal dunia.   – ANTARANEWS / POLIS INDRAMAYU

Loading...
Terkini