comscore
Tumpuan :
Dunia

Tiga terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di Sumatera, Indonesia

Foto: Agensi

JAKARTA: Tiga maut selepas tanah runtuh menimbus rumah mereka di lereng bukit setinggi 3 meter di Wilayah Lampung di Pulau Sumatera, Xinhua memetik Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia.

Jurucakap BNPB Ahmad Muhari berkata, kejadian tanah runtuh berlaku selepas hujan lebat melimpahi kawasan itu dari pagi hingga petang Sabtu, dan pasukan Mencari dan Menyelamat menemui tiga mayat semalam.

“Tanah yang gembur dan tidak stabil adalah antara faktor yang mencetuskan kejadian tanah runtuh,” kata Muhari.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) meramalkan potensi hujan lebat di kebanyakan kawasan di selatan Sumatera sehingga Selasa.

BNPB menyarankan orang ramai menjauhi kawasan sungai dan mereka yang tinggal di sekitar lereng bukit berpindah buat sementara waktu. – BERNAMA

Loading...
Terkini