Tumpuan :
Dunia

Timbalan Menteri Kewangan Belanda letak jawatan, kerajaan berisiko tumbang

AMSTERDAM: Kerajaan campuran Belanda kini berisiko tumbang akibat tekanan demi tekanan diterima daripada pelbagai pihak susulan insiden pergaduhan membabitkan penyokong bola sepak Ajax Amsterdam dan Maccabi Tel Aviv ketika perlawanan Liga Europa, baru-baru ini.

Terbaharu, Timbalan Menteri Kewangan yang juga Setiausaha Negara, Nora Achahbar umum peletakan jawatan beliau susulan kenyataan berbaur rasis yang dikeluarkan oleh beberapa menteri.

Nora, ahli jemaah menteri berketurunan Maghribi berang dan membidas kenyataan beberapa menteri yang menyifatkan belia Belanda berketurunan Maghribi sebagai punca dan dalang utama serangan ke atas penyokong kelab Israel.

Tindakan nora mengakibatkan kabinet belanda terpaksa mengadakan sidang tergempar bagi mencari penyelesaian terhadap isu terbabit ditambah dengan desakan orang awam yang menyelar kerajaan negara itu sebagai gagal menangani keadaan.

Lebih buruk, beberapa lagi ahli kabinet daripada parti diwakili Nora, Parti NSC turut mempertimbang untuk meletak jawatan.

Sekiranya kesemua ahli Parti NSC meletak jawatan, kerajaan sedia ada berkemungkinan besar bubar dan pilihan raya terpaksa diadakan. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini