comscore
Tumpuan :
Dunia

Tindakan juruterbang MAS tarik perhatian

Foto : Tangkap layar YouTube Big Jet TVb

LONDON :  Tindakan juruterbang pesawat Malaysian Airlines, MH3 Airbus A350-900 yang berada pada kedudukan dekat dengan sebuah lagi pesawat ketika hendak berlepas di Lapangan Terbang Heathrow, London menarik perhatian ramai.

Menurut laman web One Mile At A Time, insiden itu dirakam kru saluran YouTube Big Jet TV pada 7 Mei lalu dan menjadi tular.

Menurut laman web itu lagi, adalah menjadi kebiasaan bagi pesawat menunggu untuk berlepas di landasan, tetapi setidak-tidaknya kedudukan pesawat masing-masing pada jarak jauh, kebiasaan yang dilihat pada awal dan hujung landasan.

Namun apa yang dapat dilihat ialah kedudukan pesawat MH3 pada jarak dekat di belakang pesawat Birtish Airways dengan anggaran kurang dari 37 meter.

Apa pun, kedua-dua pesawat dilaporkan berlepas seperti dijadualkan tanpa sebarang masalah.

Namun ada yang membangkitkan persoalan, sama ada tindakan itu boleh menimbulkan masalah dan ada pula yang menganggap ini mungkin sikap juruterbang yang tidak sabar hendak berlepas. –  One Mile At A Time / YouTube Big Jet TVc

Loading...
Terkini