comscore
Tumpuan :
Dunia

Tindakan tegas saman trafik kepada penunggang basikal di Tokyo, jika abai peraturan lalu lintas

Polis menahan seorang penunggang basikal yang mengabaikan lampu isyarat di Tokyo. -Foto: Kyodo

TOKYO: Jabatan Polis Metropolitan Tokyo memperkenalkan hukuman yang lebih tegas bagi empat salah laku penunggang basikal ekoran peningkatan kes kesalahan lalu lintas di ibu kota Jepun itu, lapor akhbar The Mainichi semalam.

Di bawah peraturan yang berkuatkuasa akhir Oktober lalu, penunggang akan terus dikenakan saman trafik jika didapati mengabaikan lampu isyarat, gagal berhenti seketika di kawasan tertentu, melawan arus atau berbasikal secara laju di kaki lima.

Insiden membabitkan basikal mengakibatkan banyak kemalangan jalan raya di Tokyo sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Data polis menunjukkan ia menyumbang sehingga 46.6 peratus dalam angka kemalangan tahun ini setakat akhir September lalu.

Pada tahun 2021, Jepun melaporkan 21,906 kes berbasikal secara haram dengan 359 kematian akibat kemalangan basikal.

Lonjakan kes berlaku susulan peningkatan penggunaan basikal yang sebahagiannya didorong oleh industri penghantaran makanan yang berkembang dan perubahan gaya hidup, didorong oleh pandemik Covid-19. – AGENSI

Loading...
Terkini