comscore
Tumpuan :
Dunia

Tito Jackson, ahli Jackson 5 meninggal dunia pada usia 70 tahun

FOTO: @titojackson5/ X

Tito Jackson, salah seorang anggota kumpulan muzik ‘Motown’ popular Jackson 5, dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.

Kematian beliau disahkan oleh ahli keluarga dan rakan karib pada Ahad.

Tito meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika memandu. Bagaimanapun, punca sebenar kematian masih dalam siasatan.

Jackson 5 mencapai puncak kejayaan dengan hits seperti “I Want You Back” dan “ABC,” di bawah pengurusan bapa mereka.

Sepanjang karier, beliau telah menerima tiga pencalonan anugerah Grammy dan diiktiraf menjadi ahli dalam Rock and Roll Hall of Fame pada 1997 bersama adik beradiknya.

Selain kejayaan bersama Jackson 5, beliau turut mencipta nama sebagai penyanyi solo. menerusi album “Tito Time” dan pada 2021.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini