comscore
Tumpuan :
Dunia

Tragedi Halloween, mangsa jatuh seperti ‘domino’

Foto AFP

SEOUL: Sebahagian besar golongan muda yang menyambut perayaan Halloween di Seoul terperangkap apabila orang ramai meluru ke lorong sempit, sehingga membunuh sekurang-kurangnya 149 orang dan mencederakan 150 yang lain dalam tragedi terburuk di Korea Selatan.

Pekerja kecemasan dan pejalan kaki dilihat bersungguh-sungguh melakukan bantuan pernafasan (CPR) ke atas mangsa yang terbaring di jalanan selepas dipijak ​​di Itaewon di sini, pada malam Sabtu.

Ketua Jabatan Bomba Yongsan, Seoul, Choi Seong-beom berkata, angka kematian mungkin meningkat dan jumlah mereka yang cedera dan kritikal tidak dinyatakan.

Dianggarkan 100,000 orang berkumpul di Itaewon untuk perayaan Halloween terbesar di kawasan itu sejak negara dilanda pandemik COVID-19.

Foto AFP

Kerajaan Korea Selatan melonggarkan sekatan COVID-19 dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Itaewon, ialah daerah mesra ekspatriat yang terkenal dengan bar, kelab dan restoran yang bergaya.

Tidak jelas apa yang menyebabkan orang ramai masuk ke lorong menuruni bukit yang sempit berhampiran Hotel Hamilton, tempat pesta utama di Seoul.

Seorang mangsa yang terselamat berkata, ramai orang jatuh dan menjatuhkan satu sama lain “seperti domino” selepas mereka ditolak oleh orang lain.

Mangsa yang terselamat bernama Kim berkata, mereka terperangkap selama kira-kira satu setengah jam sebelum diselamatkan, ketika beberapa orang menjerit; “Tolong saya!” dan yang lain sesak nafas, menurut akhbar Hankyoreh yang berpangkalan di Seoul.

Seorang lagi mangsa yang terselamat bernama Lee Chang-kyu, berkata, dia melihat kira-kira lima hingga enam lelaki menolak yang lain sebelum seorang atau dua mula terjatuh, menurut akhbar itu.

Dalam temu bual dengan saluran berita YTN, Hwang Min-hyeok, seorang pelawat ke Itaewon berkata, amat mengejutkan apabila melihat deretan mayat berhampiran hotel itu.

Dia berkata, pekerja kecemasan pada mulanya bergelut melakukan CPR sebelum dibantu pejalan kaki selepas melihat ramai mangsa yang cedera terbaring di jalanan.

Orang ramai meratap di sebelah mayat rakan-rakan mereka, katanya.

Foto AFP

Seorang lagi mangsa terselamat yang berusia 20-an berkata, dia mengelak daripada dipijak dengan masuk ke sebuah bar yang pintunya terbuka di lorong itu, lapor agensi berita Yonhap.

Seorang wanita berusia 20-an bernama Park memberitahu Yonhap, dia dan yang lain berdiri di tepi lorong, manakala yang lain terperangkap di tengah lorong, tidak dapat melarikan diri.

Choi, ketua bomba, berkata, mayat sedang dihantar ke hospital atau gimnasium, di mana ahli keluarga yang berduka dapat mengenal pasti mereka.

Beliau berkata, kebanyakan mangsa yang maut dan cedera berusia dalam lingkungan 20 tahun. -AP

 

Loading...
Terkini