comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Tragedi Majlis Perkahwinan di Iraq: Angka korban cecah 113 orang

 

NINEVEH: Angka korban tragedi kebakaran di sebuah majlis perkahwinan di Iraq meningkat kepada 113 orang dengan 150 lagi cedera.

Jumlah itu disahkan Timbalan Gabenor Wilayah Nineveh, Hassan al-Allaq.

FOTO: Reuters

Usaha mencari mangsa masih diteruskan pasukan penyelamat di bawah sisa runtuhan dengan jangkaan angka korban akan terus meningkat.

Tragedi jam 10.45 malam itu berlaku di kawasan didominasi penduduk beragama Kristian di luar bandar Mosul.

Ia dikatakan berpunca daripada percikan bunga api selain binaan struktur bangunan yang mudah terbakar.

FOTO: Reuters

Lapor media antarabangsa, mangsa yang cedera digegaskan ke beberapa hospital di Nineveh dan Kurdistan.

FOTO: Reuters

Pasangan pengantin terbabit pula dilaporkan selamat namun turut berdukacita di atas tragedi itu.

Perdana Menteri Mohammed Shiaa Al-Sudani dalam pada itu mengarahkan anggota kabinetnya memberi bantuan kepada semua mangsa terlibat. – REUTERS / AL JAZEERA

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini