comscore
Tumpuan :
Dunia

Tragedi MH17: Russia, Ukraine bersemuka di Mahkamah Dunia

THE HAGUE: Tragedi membabitkan pesawat milik Malaysia Airlines, MH17, Ukraine dan Russia bersemuka di mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini.

Ia susulan dakwaan Moscow menyokong pemisah pro-Russia yang dipersalahkan atas kejadian menembak jatuh pesawat penumpang MH17 pada 2014.

Hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan mendengar dakwaan Ukraine bahawa Moscow melanggar perjanjian antikeganasan PBB dengan melengkapkan dan membiayai pasukan pro-Russia yang disimpulkan oleh penyiasat antarabangsa menembak jatuh pesawat itu di timur Ukraine, membunuh kesemua 298 penumpang dan anak kapal.

Penerbangan MH17 berlepas dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur ditembak jatuh peluru berpandu buatan Russia pada 17 Julai 2014 ketika pertempuran berlaku antara pemisah pro-Russia dan tentera kerajaan Ukraine.

Ia akan menjadi kali pertama peguam untuk Ukraine dan Russia bertemu di ICJ yang juga dikenali sebagai Mahkamah Dunia, sejak Moscow melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine pada 24 Februari 2022.Seorang pegawai Kedutaan Russia di The Hague tidak dapat dihubungi untuk memberikan maklum balas.

Loading...
Terkini