comscore
Tumpuan :
Dunia

Tragedi rempuhan Seoul: Presiden Korea Selatan mohon maaf, janji heret pegawai cuai ke muka pengadilan

Foto AP

SEOUL: Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol memohon maaf kepada seluruh mangsa dan keluarga mangsa yang terbabit dalam tragedi rempuhan di Itaewon, Seoul baru-baru ini.

Permohonan maaf secara terbuka itu dibuat sejurus selepas beliau mempengerusikan mesyuarat tergempar bagi menyemak semula perundangan berkaitan keselamatan di negara itu.

Yoon turut berjanji akan mengheret mana-mana pihak mahupun pegawai kerajaan yang didapati culas dalam tanggungjawab sehingga mengakibatkan insiden berlaku ke muka pengadilan.

Selain itu juga, beliau memaklumkan hasil siasatan bakal diketahui dalam tempoh terdekat memandangkan terdapat kenyataan daripada beberapa pihak lagi yang masih belum diambil.

Pada kejadian 29 Oktober lalu, 156 orang maut dalam rempuhan manakala 197 yang lain cedera apabila pengunjung pesta Halloween bersesak-sesak untuk melalui sebatang lorong sempit di Itaewon sehingga mengakibatkan kecederaan dan kesesakan nafas.

Difahamkan sekurang-kurangnya 100,000 orang menyertai perarakan Halloween pada malam berkenaan.

Loading...
Terkini