
KATHMANDU: Perkembangan terbaharu siasatan nahas pesawat Yeti Airlines di Nepal, bulan lalu menyaksikan panel khas kerajaan yang mengetuai siasatan nahas mendapati enjin pesawat berkenaan hilang punca kuasa ketika cuba mendarat cemas di Pokhara.
Dalam satu kenyataan, panel terbabit turut memaklumkan kipas di dua enjin pesawat itu juga didapati terhenti pada masa sama.
Siasatan dilakukan berdasarkan analisis kotak hitam pesawat berkenaan.
Dalam pada itu, kerajaan Nepal sedang berusaha memproses bacaan data lebih lanjut daripada kotak hitam dengan bantuan Kementerian Pengangkutan Singapura.
Pada 17 januari lalu, Pesawat ATR 72 Yeti Airlines terhempas sekali gus meragut nyawa 72 penumpang dan kru kapal.
SUMBER REUTERS