PANAMA CITY: Tribunal Pilihan Raya Panama pada Ahad mengisytiharkan calon gabungan pembangkang dari parti Realizing Goals dan gerakan Alianza, Jose Raul Mulino sebagai pemenang pilihan raya presiden negara itu.
Ini berdasarkan pengiraan awal lebih daripada 85 peratus pusat mengundi, lapor Xinhua.
Ketua Tribunal Pilihan Raya, Alfredo Junca mengesahkan kemenangan Mulino melalui panggilan video. – BERNAMA-XINHUA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.