Tumpuan :
Dunia

Trump beri pengampunan kepada 1,500 defendan serangan 6 Januari ke atas Capitol

Trump beri pengampunan kepada defendan serangan Capitol pada 2020 selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden untuk penggal kedua. – FOTO: Reuters

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menandatangani perintah eksekutif untuk memberi pengampunan kepada kira-kira 1,500 penyokongnya yang didakwa melakukan jenayah dalam serangan ke atas Capitol A.S, empat tahun lalu.

Keputusan itu dibuat pada hari pertamanya kembali ke White House dan hanya beberapa jam selepas dia mengangkat sumpah untuk penggal kedua.

Trump juga mengarahkan Peguam Negara untuk menggugurkan kira-kira 450 kes berkaitan kejadian itu.

Beliau mendakwa mereka telah dilayan secara tidak adil oleh Jabatan Kehakiman yang turut mendakwanya dengan jenayah yang menurutnya bermotifkan politik.

Trump berkata pengampunan itu menamatkan ketidakadilan yang telah dilakukan ke atas rakyat Amerika sejak empat tahun lalu dan memulakan proses perdamaian nasional.

Serangan itu berlaku apabila sekumpulan penyokongnya bertindak menyerang bangunan Capitol dalam usaha untuk menghalang Kongres daripada mengesahkan semula kemenangan bekas Presiden Joe Biden pada tahun 2020.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini