WASHINGTON: Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Presiden terpilih Amerika Syarikat Donald Trump dijadual mengadakan perbincangan dua hala sempena sambutan pembukaan semula Katedral Notre-Dame di Paris pada Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Pertemuan itu dijadual berlangsung Sabtu petang di kediaman rasmi presiden, Istana Élysée, menurut pejabat Macron dan Kedutaan Perancis di Washington pada Jumaat.
Macron juga dijangka menerima kunjungan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky di Paris pada hari yang sama.
Kunjungan ini merupakan lawatan luar negara pertama Trump sejak memenangi pilihan raya presiden pada awal November.
Pemimpin Republikan itu akan menghadiri majlis pembukaan semula Katedral Notre-Dame pada Sabtu malam atas undangan Macron.
Katedral yang terkenal di seluruh dunia itu mengalami kerosakan teruk akibat kebakaran pada 2019 dan melalui proses pemulihan besar-besaran.
— BERNAMA-dpa
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.