comscore
Tumpuan :
Dunia

Trump didapati bersalah memalsukan rekod perniagaan

HOUSTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump didapati bersalah atas 34 pertuduhan memalsukan rekod perniagaan.

Ini menjadikan beliau, bekas Presiden pertama yang disabitkan dengan kesalahan jenayah, lapor Agensi Anadolu (AA).

12 orang juri mengambil masa dua hari sebelum mencapai keputusan sebulat suara mendapati Trump bersalah, memalsukan rekod perniagaan untuk menyembunyikan bayaran wang US$130,000 yang dibuat kepada pelakon porno Stromy Daniels, untuk menutup mulut pelakon itu sebelum Pilihan Raya Presiden pada 2016.

Trump dalam pada itu menyifatkan keputusan juri sebagai sesuatu yang memalukan dan turut mengecam hakim perbicaraan.

Walaupun didapati bersalah, Trump kini perlu meyakinkan rakyat Amerika Syarikat bahawa beliau layak untuk kembali ke White House.

Pilihan raya Presiden AS akan dijalankan pada 5 November.

Hukuman ke atas Trump akan ditetapkan 11 Julai depan.-BERNAMA-ANADOLU

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini