Tumpuan :
Dunia

Trump hentikan pembabitan AS dalam UNHRC, pembiayaan UNRWA

Foto: Reuters

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan bahawa negara itu akan menghentikan pembabitan dengan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) dan meneruskan penghentian pembiayaan bagi agensi bantuan Palestin, UNRWA.

Langkah itu susulan lawatan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, ke Washington, yang sejak lama mengkritik UNRWA kerana mendakwa agensi tersebut menghasut kebencian terhadap Israel dan melibatkan kakitangannya dalam aktiviti pengganas.

Semasa penggal pertama Trump pada 2017, beliau menghentikan pembiayaan kepada UNRWA, mempertikaikan nilai agensi tersebut, serta menuntut rakyat Palestin bersetuju untuk meneruskan rundingan damai dengan Israel.

Bagaimanapun, PBB dan UNRWA tidak segera memberi maklum balas.

Pentadbiran pertama Trump juga keluar dari Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) yang terdiri daripada 47 ahli, di pertengahan tempoh tiga tahun, berikutan apa yang dianggap sebagai biasis kronik terhadap Israel dan kekurangan pembaharuan.

AS kini tidak lagi menjadi anggota badan yang berpusat di Geneva itu.

Sejak memulakan penggal kedua pada 20 Januari, Trump juga telah mengarahkan AS menarik diri dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Perjanjian Iklim Paris, langkah-langkah yang turut diambil semasa penggal pertama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini