Tumpuan :
Dunia

Trump mahu gunakan Perjanjian Gencatan Senjata Gaza luaskan diplomasi

Presiden Terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump.- FOTO: REUTERS

WASHINGTON: Presiden Terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump akan menggunakan momentum Perjanjian Gencatan Senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.

Trump menegaskan beliau akan membina momentum ini untuk memperluaskan perjanjian Abraham, yang menormalkan hubungan Israel dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Maghribi dan Sudan.

Perjanjian gencatan senjata berperingkat dijangka menamatkan perang 15 bulan di Gaza antara Israel dan Hamas.

Konflik ini telah mengorbankan puluhan ribu rakyat Palestin dan mencetuskan ketegangan di Asia Barat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini