comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Tujuh hospital Gaza dikepung, fasiliti kesihatan lumpuh

 

GAZA: Tujuh hospital di Gaza dikepung dan lumpuh ekoran menjadi sasaran serangan udara Israel.

Perkara itu disahkan kementerian kesihatan Gaza.

Empat hospital dikenalpasti Beit Hanoun, Al-Durra, Al-Karama dan Hospital Antarabangsa Al-Oyoun, sementara tiga buah hospital lagi adalah laporan yang baru diterima.

FOTO: Reuters

Sehingga kini, lebih 4,137 warga Palestin terkorban termasuk 1,661 kanak-kanak manakala lebih 13,260 cedera rentetan serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf Al-Qudra berkata, selain hospital berkenaan, 21 lagi pusat fasiliti kesihatan tidak mampu lagi beroperasi.

Sehingga kini 46 pegawai dan anggota perubatan terkorban, selain 23 ambulans musnah akibat bedilan.

Menurut Ashraf, kesemua hospital terbabit menampung jumlah pesakit yang tinggi iaitu pada kadar 150 peratus.

FOTO: Reuters

Keadaan itu memaksa sebilangan besar pesakit tidur di lantai dan koridor.

Lebih menggusarkan, tiada stok ubat, barangan perubatan dan bahan api di fasiliti itu.

Tambah kementerian itu, hospital tidak lagi berupaya memberi khidmat perubatan sempurna dan kelewatan bekalan ubat-ubatan ke hospital menyebabkan lebih ramai pesakit meninggal dunia.

Justeru, komuniti antarabangsa digesa menyegerakan kemasukan barangan perubatan kecemasan.

Ia juga merayu pihak berkuasa berkaitan melindungi pasukan perubatan, hospital, ambulans dan tempat perlindungan penduduk yang dipaksa berpindah.

Loading...
Terkini