comscore
Tumpuan :
Dunia

Tujuh kanak-kanak antara 21 maut dalam kebakaran rumah di Gaza

Foto: AFP

GAZA, Palestin: Tujuh kanak-kanak antara 21 terbunuh dalam kebakaran sebuah rumah di Gaza.

Menurut laporan media antarabangsa, rumah terbabit dijadikan lokasi penyimpanan bekalan minyak.

Tangkap layar video kebakaran sebuah rumah di Gaza.

Ketua Pengarah Hospital Indonesia di Jabalia Saleh Abu Laila, mengesahkan jumlah kematian melibatkan kanak-kanak itu.

Foto: AFP

Tragedi itu turut mendapat perhatian Presiden Mahmud Abbas yang bersimpati ke atas nasib mangsa.

Hari ini juga diisytihar sebagai hari berkabung dengan bendera dikibarkan separuh tiang.

Beliau juga mengarahkan bantuan dihulurkan kepada keluarga mangsa bagi meringankan beban.

Sehubungan itu, pegawai kanan kerajaan Hussein Al Sheikh menggesa Israel membuka sempadan Eraz yang menghubungkan Gaza dengan kawasan jajahan Israel.

Ia penting bagi keperluan segera memindahkan pesakit yang dalam keadaan kritkal bagi mendapatkan rawatan di luar Gaza. – AFP

Loading...
Terkini