comscore
Tumpuan :
Dunia

Tujuh Maut, Tiga Hilang Hujan ‘Bom Air’ Di Itali

FOTO: REUTERS

MILAN: Hujan lebat dan banjir yang melanda wilayah tengah Itali, Marche lewat semalam dikesan sudah mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh orang dengan tiga lagi masih hilang.

Pihak berkuasa tempatan berkata, mereka tidak menjangkakan ‘bom air’ seperti itu berlaku secara tiba-tiba, berpunca dari kira-kira 400 milimeter hujan turun hanya dalam masa dua hingga tiga jam, seterusnya membanjiri jalan-jalan di beberapa bandar di wilayah Ancona dan Pesaro-Ubino.

Rakaman yang dikeluarkan oleh pasukan bomba menunjukkan pengendali menunjuk arah jalan-jalan di bandar tepi laut Sinigallia di atas bumbung bagi menyelamatkan orang ramai dan memindahkan mereka, manakala yang lain pula cuba membersihkan jalan.

Pihak berkuasa berkata, perkhidmatan menyelamat ketika ini masih mencari mangsa yang terselamat.

Sementara itu, pemimpin Parti Demokratik (PD) Itali menulis di Twitter bahawa mereka akan menghentikan kempen menjelang pilihan raya kebangsaan yang akan diadakan pada 25 September ini.-REUTERS

Loading...
Terkini