
ISTANBUL: Sekurang-kurangnya dua maut susulan hujan lebat yang menyebabkan banjir kilat di Istanbul, Turkiye.
Air naik menenggelamkan kebanyakan jalan raya sekaligus menjejaskan kawasan perumahan.
Lebih 10 orang diselamatkan selepas terkandas di dalam bangunan, manakala beberapa stesen kereta api bawah tanah ditutup.
Datuk bandar, Ekrem Imamoglu berkata, hujan membawa kira-kira 130 liter air bagi setiap meter persegi dalam masa kurang tiga jam.
Sementara itu, di barat laut Turkiye, dua pelancong dihanyutkan arus deras yang melanda tapak perkhemahan.
Empat lagi hilang selepas banjir kilat melanda tapak perkhemahan di wilayah Kirklareli, berhampiran sempadan Bulgaria.
Lima lagi disahkan terkorban di sempadan Turki-Greece dan Bulgaria.