comscore
Tumpuan :
Dunia

Twitter mula padam akaun tidak aktif – Elon Musk

FOTO : REUTERS

WASHINGTON: Twitter sedang dalam proses memadam akaun lama yang terbiar selama beberapa tahun, kata pemiliknya Elon Musk pada Isnin.

“Kami sedang memadam akaun yang tidak mempunyai aktiviti langsung selama beberapa tahun, jadi anda mungkin akan melihat penurunan bilangan pengikut,” lapor Agensi Anadolu Agency (AA) memetik ciapan Musk.

Kriteria untuk menentukan pembersihan akaun pengguna bagaimanapun masih tidak jelas.

Dasar akaun tidak aktif Twitter mengatakan pengguna harus log masuk sekurang-kurangnya sekali setiap 30 hari, namun tidak jelas sama ada ia adalah dasar yang akan digunakan oleh syarikat itu menentukan sama ada akaun akan dipadam.

Keputusan Musk untuk melupuskan akaun yang tidak aktif dibuat ketika beliau menerajui Twitter memasuki bulan ketujuh selepas membeli syarikat itu dengan harga AS$44 bilion pada Oktober lepas. – BERNAMA-ANADOLU

Loading...
Terkini