comscore
Tumpuan :
Dunia

Twitter perkenal mod panggilan, pembayaran dalam talian

FOTO: Reuters

NEW YORK: Setelah mengumumkan operasi penutupan akaun tidak aktif secara besar-besaran awal minggu ini, Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Elon Musk memaklumkan butiran lanjut mengenai fungsi terbaharu yang bakal dinikmati oleh pengguna laman sosial itu dalam tempoh terdekat.

Antara pembaharuan yang terkandung dalam pelan ”Twitter 2.0 The Everything App” adalah pengguna boleh membuat panggilan terus-menerus menerusi Twitter tanpa perlu menghubungi sebarang nombor di talian.

Fungsi itu bakal menjadikan platform berkenaan sebaris dengan aplikasi milik syarikat Meta seperti Facebook dan Instagram.

Selain itu, mod pembayaran dalam talian juga bakal diperkenal selain butiran ‘tweet’ semasa yang lebih panjang dan kaedah keselamatan ‘encryption’ di ruang mesej.

Jelas Musk, pembaharuan berkenaan bakal diperkenal secara beransur-ansur mulai hari ini dengan pengenalan mod ‘encryption’ pada mesej. – REUTERS

Loading...
Terkini