comscore
Tumpuan :
Dunia

Twitter tangguh pelancaran tanda semak pengesahan

Foto: Reuters

AMERIKA SYARIKAT: Twitter Inc. menangguhkan pelancaran tanda semak pengesahan kepada pelanggan perkhidmatan baharunya sehingga selepas pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat esok.

Perkara terbabit diumumkan sehari selepas syarikat komunikasi gergasi itu mengumumkan kemas kini pelan terbaharu, Twitter Blue.

Bagaimanapun setakat ini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan berhubung faktor penangguhan itu oleh Twitter.

Sabtu lalu, Twitter mengemas kini aplikasinya untuk mula mengecaj AS$8 bersamaan RM37.98 sebulan untuk tanda pengesahan itu.

Perubahan kepada proses pengesahan Twitter berlaku seminggu selepas Elon Musk mengambil alih syarikat terbabit.

Dalam pada itu, pilihan raya pertengahan penggal A.S esok akan memutuskan sama ada parti Republikan atau Demokrat pimpinan Presiden Joe Biden akan mengawal Kongres. – REUTERS

Loading...
Terkini