comscore
Tumpuan :
Dunia

Ubah suai kereta jadi kolam renang, YouTuber ditahan

NEW DELHI: Gara-gara mengubah suai kereta menjadi kolam renang, seorang YouTuber dari Kerala, Sanju Techy didakwa atas enam pertuduhan, termasuk memandu secara berbahaya dan menimbulkan gangguan awam.

India Times melaporkan, Sanju dan tiga lagi rakan yang menaiki kereta itu juga dijatuhi hukuman menjalani khidmat masyarakat di Hospital Kolej Perubatan Kerajaan, selama seminggu dan menyertai program latihan jabatan itu.

Hukuman itu bertujuan mendidik mereka mengenai tanggungjawab sivik dan nilai keselamatan jalan raya.

Lesen memandu individu yang memandu kereta itu juga akan digantung selama setahun, sekali gus menekankan betapa beratnya perbuatan mereka.

Kisah Sanju dan rakannya mendapat perhatian selepas tular video mereka dilihat di kolam di dalam kereta, sambil minum air kelapa ketika kenderaan itu melalui yang jalan sibuk.

Telatah mereka dengan pantas menarik perhatian orang ramai sebelum individu terbabit ditahan pihak berkuasa tidak lama kemudian.

Rata-ratanya melihat aksi itu lucu apabila kereta berfungsi sebagai kolam renang.

Namun, masalah timbul apabila air mula mengalir ke tempat duduk pemandu dan enjin.

Akibat panik, Sanju memberitahu rakannya yang memandu kenderaan itu, untuk membuka pintu untuk membuang air kolam itu.

Mereka memberhentikan kereta di tengah jalan, membuka pintu menyebabkan air melimpah ke jalan hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Rakaman video itu dengan pantas menjadi tular hingga mengundang kecaman orang ramai dan mendapat perhatian pihak berkuasa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini