comscore
Tumpuan :
Dunia

Ubat termahal di dunia diberikan kelulusan oleh FDA

Foto AFP

HARRISBURG: Syarikat farmaseutikal berpangkalan di negeri Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS), CSL Behring menerbitkan harga ubat yang dikatakan paling mahal di dunia iaitu AS$3.5 juta (RM15.6 juta) untuk satu dos, lapor laman berita Wion News semalam.

Harga ubat Hemgenix itu didedahkan selepas Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) memberikan kelulusan dengan alasan ia mampu mengurangkan kos penjagaan kesihatan.

Pesakit dikatakan akan semakin kurang mengalami pendarahan serta kurang memerlukan terapi.

Harga ubat tersebut mengatasi ubat Zolgensma keluaran syarikat Novartis yang berpangkalan di Switzerland. Zolgensma digunakan sebagai penawar untuk atrofi otot tulang belakang (SMA).

Ia berharga hampir AS$2 juta (RM8.9 juta) bagi setiap dos dan juga merupakan ubat dos tunggal.

Selepas berdekad-dekad melakukan penyelidikan, rawatan gen telah mula mengubah bagaimana kanser dan penyakit lain yang boleh diwarisi, dirawat menggunakan ubat yang boleh mengubah atau membetulkan keabnormalan genetik.

Rawatan pertama untuk hemofilia adalah Hemgenix, dan beberapa syarikat farmaseutikal lain sedang membangunkan rawatan gen untuk varian gangguan yang lebih lazim iaitu hemofilia A.

Menurut FDA, hemofilia B menjejaskan satu dalam setiap 40,000 individu.

Hemofilia kebiasaannya merupakan gangguan pendarahan yang diwarisi di mana darah tidak membeku dengan betul. – AGENSI

Loading...
Terkini