comscore
Tumpuan :
Dunia

UK lancar pakej bantuan Lubnan AS$6.6 juta

FOTO: Reuters

NEW YORK: Menteri Pembangunan UK Anneliese Dodds melancarkan pakej bantuan bernilai GBP5 juta (AS$6.6 juta) untuk UNICEF di Lubnan.

Pengumuman itu susulan serangan udara maut dan tembakan roket yang dilancarkan Israel sejak awal minggu ini.

Pejabat Luar Negeri, Komanwel dan Pembangunan UK mengesahkan bantuan itu akan disalurkan dalam bentuk bekalan perubatan, kit kebersihan, bahan api untuk stesen air dan pasukan kecemasan yang bekerja dalam bidang kesihatan dan pemakanan.

Jabatan kerajaan itu juga mengesahkan pesawat dan helikopter Tentera Udara Diraja sedang bersiap siaga, dengan kehadiran UK di RAF Akrotiri berhampiran Limassol di Cyprus dan di Laut Mediterranean timur dengan dua kapal – RFA Mounts Bay dan HMS Duncan.

Dalam pada itu, sebuah portal pangkalan data kembali dibuka, bagi warga Britain di Lubnan memaklumkan mengenai komitmen dan keberadaan mereka.

Kerajaan UK menganggarkan kira-kira 4,000 hingga 6,000 warga Britain masih berada di Lubnan.

Loading...
Terkini