AMSTERDAM: Denmark dan Belanda, kedua-duanya memutuskan untuk membekalkan Ukraine dengan jet tempur F-16.
Perkara itu dinyatakan Kementerian Pertahanan Denmark pada Ahad.
Menurut Pemimpin Ukraine, Volodymyr Zelensky, beliau mencapai persetujuan dengan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte untuk Ukraine menerima 42 jet F-16 buatan AS yang canggih untuk membantu menangkis pencerobohan Rusia.
Lapor Agensi Berita Jerman dpa, Zelensky melalui platform X nya menyatakan ‘42 jet. Dan ini adalah permulaan.
Beliau berkata, jet itu akan diserahkan sebaik juruterbang dan jurutera (Ukraine) menamatkan latihan mereka, tanpa memberikan jangka masa tetap.
Tambahnya lagi, jentera ini akan digunakan untuk mengusir Rusia dari pekan dan bandar Ukraine.
Denmark juga menawarkan untuk membekalkan Ukraine dengan jet tempur.
Kedua-dua negara itu juga membentuk gabungan NATO untuk melatih juruterbang Ukraine mengendalikan jet buatan Amerika Syarikat.