
MOSCOW: Wanita di Ukraine yang mempunyai kepakaran perubatan atau farmaseutikal dikehendaki mendaftar dengan angkatan tentera mulai 1 Okt, kata Ahli Jawatankuasa Parlimen untuk Keselamatan, Pertahanan dan Perisikan, Fedir Venislavskyi, pada Rabu, lapor Sputnik.
Beliau berkata untuk wanita yang dalam profesion yang lain pendaftaran adalah secara sukarela.
“Pendekatan ini bukanlah sejenis inovasi, kerana di bekas Kesatuan Soviet dan di negara-negara Barat, wanita dengan pendidikan perubatan, mengikut peraturan, bertanggungjawab untuk berkhidmat dalam ketenteraan dan tertakluk kepada pendaftaran yang sesuai,” kata Venislavskyi.
Buat masa ini, beliau berkata pihak berkuasa Ukraine tidak bercadang untuk mewajibkan mereka yang terlibat dalam bidang kepakaran yang lain mendaftar dalam perkhidmatan ketenteraan.
Pihak berkuasa Ukraine memperkenalkan undang-undang tentera di negara itu pada 24 Februari 2022, pada hari yang sama Rusia melancarkan operasi ketenteraan khasnya.
Pada esoknya, Presiden Volodymyr Zelensky menandatangani dekri mengenai mobilisasi umum.
Bulan lalu, Parlimen Ukraine melanjutkan undang-undang tentera sehingga 15 Nov. – BERNAMA-SPUTNIK