KYIV: Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy mengalu-alukan keputusan Kesatuan Eropah, E-U untuk tidak melanjutkan lagi larangan eksport bijirin dari negara itu dan menyifatkan ia contoh perpaduan dan kepercayaan sejati.
Poland, Slovakia dan Hungary memberi gambaran akan mengenakan larangan sendiri selepas keputusan EU memberi kelonggaran.
Sebagai respon, Zelenskiy menyatakan Ukraine akan bertindak balas sewajarnya dengan cara beradab jika negara-negara jiran melanggar undang-undang blok itu.
Sekatan EU pada Mei membenarkan Poland, Bulgaria, Hungary, Romania dan Slovakia melarang penjualan domestik gandum, jagung, dan biji bunga matahari Ukraine, selain membenarkan transit kargo berkenaan dieksport ke lokasi lain.
EU juga mencari laluan darat alternatif, dikenali lorong solidariti untuk digunakan Ukraine mengeksport bijirin dan biji minyaknya selepas serangan dilancarkan Rusia pada 2022.
Menurut Suruhanjaya EU, langkah sedia ada bakal berakhir selepas Ukraine bersetuju memperkenal sebarang polisi bagi mengelak lebihan bijirin.