JEDDAH: Kesatuan Agensi Berita Pertubuhan Kerjasama Islam (UNA) pada Khamis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Pusat Kajian Statistik, Ekonomi dan Kemasyarakatan bagi Negara-negara Islam (SESRIC).
Majlis tandatangan MoU yang turut disaksikan Setiausaha Agung OIC Hussein Ibrahim Taha itu diadakan semasa mesyuarat tahunan kelapan OIC yang berlangsung dari 4 dan 5 Dis di sini, lapor UNA.
OIC diwakili ketua pengarah Mohammed Abdul Rabbah Al-Yami, manakala SESRIC diwakili oleh ketua pengarahnya Zahra Murad Selcuk.
MoU berkenaan bakal menyaksikan kerjasama erat antara dua agensi itu dalam memperkasa bidang latihan dan sumber manusia di semua institut yang bernaung di bawah OIC, selain pertukaran hasil kajian mengenai statistik, ekonomi, kemasyarakatan dan kebudayaan di negara Islam.
— BERNAMA-UNA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.