ONTARIO: Kerajaan minoriti Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau sekali lagi berjaya mengatasi undi tidak percaya yang dicadangkan oleh Parti Konservatif pada Rabu.
Lapor Agensi Berita Jerman dpa, dengan sokongan Parti Demokratik Baru (NDP) dan Bloc Quebecois, kerajaan Liberal Trudeau terus bertahan, sekali gus mengelak pilihan raya awal.
Meskipun Parti Konservatif berjanji akan terus mengemukakan usul undi tidak percaya, Trudeau setakat ini masih dapat mengekalkan kedudukannya.
Beliau yang menjadi Perdana Menteri sejak 2015, kini berdepan pelbagai cabaran termasuk ekonomi yang tidak stabil dan skandal politik.
Ketua NDP, Jagmeet Singh baru-baru ini menyatakan parti itu menarik sokongan terhadap kerajaan Trudeau, namun tidak menunjukkan tanda-tanda mahu mencetuskan pilihan raya awal.
Pilihan raya umum Kanada dijadual pada Oktober 2025, dengan ketua Parti Konservatif, Pierre Poilievre, dilihat sebagai pencabar utama dalam pilihan raya akan datang.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.