comscore
Tumpuan :
Dunia

UNGA iktiraf kedudukan Palestin buat pertama kali

NEW YORK: “Ini bukan sekadar prosedur. Ini adalah detik bersejarah bagi kami,” demikian reaksi Duta Besar Mesir, Osama Mahmoud Abdelkhalek Mahmoud, selepas Palestin buat pertama kalinya diiktiraf pada Perhimpunan Agung PBB (UNGA) sesi ke-79.

Pengiktirafan terbabit secara tidak langsung membolehkan negara itu mengambil tempat buat pertama kalinya dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.

Ia adalah hak baharu yang diberikan kepada delegasi itu walaupun bukan ahli penuh badan berkenaan, sekali gus menjadi langkah pertama menjadi sebuah negara yang diiktiraf PBB.

Pada Mei lalu, majoriti besar pada UNGA menegaskan bahawa rakyat Palestin berhak menjadi ahli penuh, satu langkah yang disekat oleh Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto.

UNGA memberikan delegasi itu hak baharu tertentu dalam resolusi terkini, yang masih mengecualikan Palestin daripada dapat mengundi atau menjadi Ahli Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Bermula dengan sesi UNGA ke-79 semalam, warga Palestin boleh mengemukakan cadangan dan pindaan, dan duduk dalam kalangan negara anggota.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini