Tumpuan :
Dunia

UNSC akan adakan sesi tamatkan perang, jamin keamanan berkekalan di timur tengah

FOTO: Reuters

NEW YORK: Majlis Keselamatan PBB (UNSC) akan mengadakan sesi taklimat pada Isnin mengenai situasi di Timur Tengah.

Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), taklimat bertajuk “Ending the War and Securing a Lasting Peace” itu akan dipengerusikan oleh Setiausaha Luar United Kingdom (UK) David Lammy.

Majlis itu akan mendengar taklimat daripada Penyelaras Khas untuk Proses Keamanan Timur Tengah Tor Wennesland.

UK, yang mempengerusikan Majlis bulan ini telah menyediakan nota konsep untuk sesi itu pada Isnin yang menyatakan bahawa menamatkan perang di Semenanjung Gaza dan Lubnan, serta memberi tumpuan kepada memastikan ketenangan serantau yang lebih luas melalui penamatan konflik.

Menurut nota konsep, sesi itu memberi peluang untuk merenung bagaimana Majlis boleh “menyuntik momentum yang diperbaharui ke dalam usaha untuk menamatkan konflik di rantau ini, dan membincangkan bagaimana pengakhiran konflik boleh mewakili titik perubahan yang akan meletakkan rantau ini pada laluan ke arah masa depan yang stabil dan selamat berdasarkan penyelesaian dua negara.” – BERNAMA-WAFA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini