comscore
Tumpuan :
Dunia

Usah beli kereta, televisyen ketika ini – Jeff Bezos

Foto: AFP

AMERIKA SYARIKAT: Bilionar keempat terkaya di dunia, Jeff Bezos menasihatkan penduduk agar tidak membeli barangan berharga tinggi seperti kereta dan televisyen kerana bimbang ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus berdepan kemelesetan tahun depan.

Bezos dengan kekayaannya dianggarkan bernilai AS$124.1 bilion (RM564.03 bilion) berkata, rakyat A.S. boleh mengambil risiko dengan menyimpan wang tunai untuk digunakan pada waktu sukar.

Pengasas Amazon itu turut menggariskan tips utamanya untuk bertahan ketika tibanya waktu kemelesetan ekonomi.

Beliau juga menyarankan orang ramai untuk menangguhkan pembelian besar dan menyimpan untuk masa depan.

Dalam pada itu, terdapat juga ura-ura mengatakan Amazon merancang untuk memberhentikan lebih 9,000 kakitangan yang juga merupakan pemberhentian besar-besaran terbesar dalam sejarah penubuhannya.

Loading...
Terkini