comscore
Tumpuan :
Dunia

Usah terpedaya ‘iklan tawar khidmat Haji’ media sosial

RIYADH: Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi menasihatkan umat Islam tidak terpengaruh dengan iklan palsu yang menawarkan perkhidmatan haji di media sosial.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA) yang memetik kenyataan Direktorat Agung Keselamatan Awam Arab Saudi, iklan palsu terbabit bertujuan memperdaya dan menipu masyarakat mengenai perkhidmatan diberikan menerusi individu atau agensi yang tidak diketahui.

Antara khidmat yang dijanjikan menerusi iklan itu adalah seperti perkhidmatan menunaikan haji bagi pihak lain, penyediaan dan pengagihan haiwan korban untuk jemaah haji dan perkhidmatan pengangkutan.

Badan berkenaan juga menjelaskan ‘The Kingdom of Saudi Arabia Project For Utilisation Of Hady & Adhi’ (Adahi) adalah pihak berkuasa rasmi yang dilantik oleh kerajaan Arab Saudi dan bertanggungjawab dalam urusan kupon Hady, Adahi , Fidyah dan Sedekah bagi pihak jemaah haji.

Justeru, sebarang urusan mengenai perkara terbabit boleh dilakukan melalui laman web rasmi projek adahi.org, atau platform elektronik rasmi lain seperti platform Ehsan atau cawangan-cawangan bertauliah.

Penguatkuasaan dan denda akan dikenakan ke atas sesiapa yang melanggar undang-undang ditetapkan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini