comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Utara Arab Saudi dilanda banjir besar


RIYADH: Hujan lebat berterusan mengakibatkan beberapa bahagian di utara Arab Saudi dilanda banjir besar.

Menurut media tempatan, Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi, NCM mengeluarkan amaran tahap merah di Madinah, Qassim dan Al-Ula serta beberapa kawasan berhampiran Laut Merah susulan bencana alam terbabit.

Banjir besar turut memaksa penutupan jalan raya dan sekolah di kawasan bencana.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Arab Saudi sedang meneliti bantuan yang akan disalurkan segera ke kawasan terjejas.

Situasi di utara Arab Saudi itu berlaku ketika banjir melanda negara jiran, Emiriah Arab Bersatu, UAE dan juga Oman baru-baru ini.

Kira-kira 21 orang maut susulan banjir di Oman sejak pertengahan April lalu manakala empat lagi terkorban di UAE dalam tempoh sama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini