comscore
Tumpuan :
Dunia

Vaksin pertama mpox untuk global, lulus

FOTO: Reuters

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat mengumumkan kelulusan vaksin MVA-BN, yang dibangunkan Bavarian Nordic A/S, sebagai vaksin pertama mpox yang dimasukkan ke dalam senarai prakelayakan.

Media Xinhua melaporkan, kelulusan prakelayakan ini dijangka meningkatkan akses kepada vaksin di kawasan yang menghadapi wabak mendesak.

Ia terutamanya di Afrika, bagi menyokong usaha mengurangkan penularan dan mengawal penyebaran penyakit itu.

Menurut Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus, prakelayakan pertama vaksin terhadap mpox ini adalah langkah penting dalam perjuangan memerangi wabak ini, bukan sahaja dalam konteks wabak semasa di Afrika dan malah pada masa hadapan.

Beliau menekankan keperluan untuk meningkatkan perolehan dan pengedaran vaksin bagi memastikan akses yang saksama bagi mereka yang paling berisiko.

Vaksin itu diberikan dalam dua dos, selang empat minggu, untuk orang dewasa berumur 18 tahun ke atas.

Menurut Penolong Ketua Pengarah WHO Yukiko Nakatani, keputusan prakelayakan itu akan mempercepatkan perolehan oleh agensi antarabangsa dan mempercepatkan kelulusan kawal selia negara.

Data semasa menunjukkan vaksin itu 76 peratus berkesan selepas satu dos dan 82 peratus berkesan selepas dua dos.

WHO juga menekankan keperluan untuk pengumpulan data berterusan mengenai keselamatan dan keberkesanan vaksin.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini