comscore
Tumpuan :
Dunia

Venezuela keluar waran tangkap terhadap Presiden Argentina

FOTO: Reuters

CARACAS: Venezuela bakal mengeluarkan waran tangkap ke atas Presiden Argentina, Javier Milei dan dua lagi pegawai kanannya.

Perkara itu dimaklumkan oleh Peguam Negara Venezuela, Tarek Saab yang menjelaskan waran tangkap terbabit dikeluarkan setelah kerajaan Argentina didakwa membongkar dan mencuri bahagian pesawat boeing 747-300 milik Venezuela yang dirampas oleh Amerika Syarikat.

Sebelum ini, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, DOJ menggantung penjualan pesawat Boeing buatan Amerika Syarikat itu oleh syarikat penerbangan Iran, Mahan Air kepada Emtrasur, salah satu anak syarikat kepada Konsortium Industri Aeronautikal Venezuela.

Penjualan pesawat berkenaan digantung kerana melanggar perundangan eksport Amerika Syarikat selain didakwa mempunyai kaitan dengan pengganas Tehran.

Kerajaan Argentina bertindak menahan pesawat terbabit kerana ia berada di Buenos Aires itu ketika penggantungan jualan dikeluarkan.

Pesawat berkenaan kemudiannya diserahkan kepada Amerika Syarikat pada Februari lalu dan Caracas mendakwa pembongkaran itu dilakukan dalam tempoh berkenaan. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini