comscore
Tumpuan :
Dunia

Vietnam rugi lebih AS$1.6 bilion angkara Yagi

FOTO: Reuters

HANOI: Taufan Yagi yang melanda Vietnam mengakibatkan negara itu mengalami kerugian lebih AS$1.6 bilion.

Menurut media tempatan, Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata, kejadian banjir dicetuskan oleh taufan sama di Myanmar adalah yang terburuk dalam sejarah negara itu.

Yagi yang melanda Myanmar, Vietnam, Laos dan Thailand menyebabkan keempa-empat negara itu berdepan angin kencang dan hujan lebat sejak seminggu lalu, sekali gus menjadi antara punca banjir dan tanah runtuh yang meragut lebih 400 nyawa, menurut angka rasmi.

Taufan berkenaan turut melanda kawasan delta Sungai Merah di Vietnam, yang juga kawasan penting untuk aktiviti pertanian dan industri.

Setakat ini, jumlah kematian di Vietnam mencecah 292 orang dengan 38 lagi dilaporkan masih hilang.

Bencana itu turut merosakkan lebih 230,000 kediaman serta 280,000 hektar ladang pertanian serta tanaman.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini