comscore
Tumpuan :
Dunia

Villa Aurora, Kediaman Termahal Di Dunia

Foto: REUTERS

ROM: Sebuah villa abad ke-16 yang terletak di atas bukit di tengah-tengah kota Rom tersenarai sebagai rumah termahal di dunia.

Menurut Oddity Central, kediaman bernama Villa Aurora itu kekal di tangga teratas selepas dilelong dengan harga 471 juta euro (RM2.2 bilion) pada Januari lalu.

Bagaimanapun sehingga kini rumah seluas lebih 27,000 meter persegi di bandar elit Via Veneto yang turut memiliki lukisan mural pelukis terkenal Itali, Caravaggio itu masih belum menemui pemilik baharunya.

Pemiliknya, Puteri Rita Boncompagni Ludovisi berkata, beliau berdepan masalah pembahagian harta dan mahkamah Itali telah memutuskan bahawa rumah tersebut harus dijual dalam sesi lelongan.

Bagaimanapun, harga yang ditetapkan untuk hartanah itu terlalu tinggi sehinggakan tiada sesiapa yang berminat untuk membelinya.

Menurut Puteri Rita, individu yang ingin memiliki villa itu perlu membelanjakan tambahan puluhan ribu pound lagi untuk membaiki masalah kebocoran pada beberapa kawasan di kediaman itu.

Puteri Rita dilaporkan meminta kerajaan Itali untuk membeli vila itu dan memeliharanya, menyaksikan lebih 40,000 individu menandatangai petisyen menyokong hasrat itu.

Walaupun dijual dengan harga diskaun, Villa Aurora dilaporkan berkemungkinan mengganggu bajet Kementerian Kebudayaan Itali, menyebabkan kediaman itu masih kekal di pasaran sehingga kini.

Loading...
Terkini