comscore
Tumpuan :
Dunia

Wabak mpox landa 15 negara Afrika, Ghana terbaharu

FOTO: Reuters

KINSHASA: 15 negara di rantau Afrika terjejas oleh wabak cacar monyet atau mpox sejak 2024.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dengan jumlah itu, Ghana menjadi negara terbaharu yang melaporkan kes pada awal Oktober.

Setakat 29 September 2024, 37,325 kes disyaki dan 6,602 kes disahkan, termasuk 996 kematian, dengan majoriti kes di Republik Demokratik Congo (DRC).

Susulan itu, WHO memberi amaran pelbagai ‘clade’ virus yang menambah kerumitan, diagnosis lewat, dan akses terhad kepada rawatan.

WHO juga menekankan keperluan untuk meningkatkan kapasiti makmal, memperkukuh sistem pemantauan, dan memperbaiki penyelarasan rentas sempadan.

Menurut laporan terbaharu WHO mengenai wabak mpox di Afrika, 15 negara dalam rantau itu mempunyai penularan aktif mpox, yang ditakrifkan sebagai kes yang dilaporkan dalam tempoh enam minggu lalu.

Pada pertengahan Ogos, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC) mengisytiharkan wabak mpox yang sedang berlangsung di Afrika sebagai kecemasan kesihatan awam bagi keselamatan benua.

Tidak lama selepas itu, WHO juga mengisytiharkan mpox sebagai kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan antarabangsa, mengaktifkan tahap amaran global tertinggi untuk mpox buat kali kedua dalam dua tahun.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini