comscore
Tumpuan :
Dunia

Wanita baca doa ketika makan babi, dihukum penjara

Foto hiasan

JAKARTA: Wanita dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda 250 juta rupiah (RM76,046.86) atas dakwaan menghina Islam apabila membaca doa sebelum makan daging babi.

Keputusan itu dibuat Mahkamah Indonesia semalam.

Video wanita muslim itu tular di TikTok dan turut mendapat krtikan secara meluas.

Lina Mukherjee, 33, didapati bersalah ‘menyebarkan maklumat bertujuan mencetuskan kebencian terhadap agama dan kumpulan tertentu di bandar Palembang di Sumatera Selatan.

Ia berlaku selepas seorang penduduk melaporkan video Mukherjee yang dimuat naik pada Mac itu mendapat jutaan tontonan, yang mana dia melafazkan doa yang diterjemahkan kepada ‘dengan nama Allah’, sebelum memakan kulit babi yang rangup.

Dalam ajaran Islam yang juga agama dominan Indonesia, daging babi adalah haram.

Tindakan Mukherjee yang juga seorang Muslim dikutuk oleh kumpulan konservatif termasuk badan ulama tertinggi negara itu, Majlis Ulama Indonesia, yang mengeluarkan keputusan menyebut video itu menghina agama.

Dia juga didenda 250 juta rupiah (AS$16,200 atau RM76,046.86) yang mana hukuman penjaranya akan dilanjutkan selama tiga bulan jika denda itu tidak diselesaikan.

Ini adalah yang terbaru dalam rentetan kes penghinaan agama di Indonesia. — Agensi

Loading...
Terkini