Tumpuan :
Dunia

Wanita berdepan hukuman kes dadah dibawa pulang ke Filipina

FOTO: REUTERS

MANILA: Seorang wanita Filipina yang sepatutnya berdepan hukuman mati susulan kes dadah di Indonesia pada 2015 akan dipindahkan ke Filipina.

Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr, berkata keputusan itu diperoleh selepas bertahun-tahun rundingan kedua-dua negara dibuat sebelum ini.

Menurutnya, hasil ini mencerminkan keakraban kerjasama Filipina dan Indonesia, dan bersatu dalam komitmen terhadap keadilan dan ihsan.

Ujar Marcos, pihaknya menantikan kepulangan Mary Jane ke Filipina.

Mary Jane Veloso, seorang pembantu rumah dan ibu kepada dua anak, ditahan di Jakarta pada 2010 kerana membawa 2.6 kilogram heroin yang disembunyikan dalam beg pakaian.

Dia terselamat daripada hukuman tembak pada saat-saat akhir pada 2015 selepas pegawai Filipina meminta Presiden Indonesia ketika itu, Joko Widodo (Jokowi), membenarkannya memberi keterangan terhadap anggota sindiket pemerdagangan manusia dan dadah.

Bagaimanapun, hukuman mati terhadap lapan pesalah dadah lain tetap dilaksanakan, dan Jokowi ketika itu menyifatkan penangguhan hukuman Veloso sebagai sementara.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini