comscore
Tumpuan :
Dunia

Wanita dipercayai suspek serangan bom ragut 6 nyawa di Istanbul

Foto: AFP

ISTANBUL: Enam terbunuh manakala 81 lagi cedera dengan dua daripadanya parah dalam serangan bom yang menggegarkan bandar Istanbul.

Serangan kira-kira jam 4.20 petang di jalan Istiklal itu mencetuskan situasi panik dengan orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Saksi dipetik berkata, letupan turut mencetuskan kebakaran dengan asap tebal memenuhi ruang udara.

Insiden turut dirakam saksi dan ditularkan menerusi media sosial sejurus kejadian.

Presiden Recep Tayyip Erdogan dalam kenyataannya sebelum berlepas ke Sidang Kemuncak G-20 di Indonesia menyifatkan ia sebagai serangan pengganas dan menegaskan pihak yang mendalangi kejadian itu akan dihukum.

Naib Presiden Turkiye, Fuat Oktay pula dipetik berkata, serangan di lokasi tumpuan orang ramai membeli belah di ibu kota itu disyaki didalangi suspek wanita.

Setakat ini, pihak berkuasa masih menyiasat punca sebenar letupan berkenaan dengan lima pendakwa raya ditugaskan menyiasat insiden letupan itu.

Kawasan terbabit dilaporkan pernah menjadi sasaran siri serangan bom oleh pengganas pada 2015 dan 2016

Ia didakwa didalangi oleh kumpulan Daesh mengorbankan hampir 500 mangsa dan mencederakan lebih 2,000 orang. – AFP

Loading...
Terkini